Kami ingin mengucapkan selamat tahun baru 2008 kepada semua warga Malaysia, khususnya kepada mereka yang berkaitan dalam industri ini. Semoga semua pihak akan mencapai kejayaan dalam bidang masing-masing.
Bagi kami, perancangan untuk tahun 2008 adalah lebih menarik. Kami mengharapkan beberapa usaha 'research ala kampung' kami akan membuahkan hasil. Antara target utama kami dalam tahun 2008 ini, supaya benar-benar dapat menjayakan program 'kambing 6 bulan' - menghasilkan baka daging yang cukup berat untuk jualan dalam masa 6 bulan. Kami mendapat banyak feedback dan telah berbincang dan mendapat tunjuk ajar daripada beberapa individu dan juga syarikat yang ingin melihat program ini berjaya. Kepada mereka, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan berharap kerjasama kita akan berterusan.
Insya-Allah, apabila kami mempunyai data yang sarih dan hasil yang stabil, kami akan kongsikan program tersebut untuk tatapan umum.
Untuk mengurangkan kos makanan, kami telah mencuba beberapa bahan buangan industri; antara yang paling berpotensi adalah hampas soya, sagu dan kelapa. Bahan ini boleh didapati dengan murah. Hampas kelapa misalnya, jumpa saja peniaga santan, pasti anda akan dapati bekalan yang banyak terbuang begitu saja. Hampas soya boleh didapati dipeniaga menjual air kacang soya atau pembuat tauhu.
Ada pelbagai cara untuk memproses bahan buangan ini supaya sedap dimakan ternakan; yang paling mudah ialah dengan menggaulkan hampas tadi dengan sejumlah garam dan molass (gula). Ada juga yang mencampurkan dengan sejumlah dedak, supaya bau dan rasanya dikekalkan.
Sekiranya anda dapat menggantikan sebahagian besar makanan berasaskan palet dengan makanan berasaskan hampas buangan industri ini, tentulah kos makanan anda akan dapat dikurangkan.
Prestasi pemakanan ini, kalau ditanyakan kepada towkey penjual dedak, tentunya anda akan mendapat feedback yag negatif.... Yang lebih baik, anda mencubanya sendiri. Cuba asingkan beberapa ekor kambing untuk testing dan lihatlah hasilnya sendiri.
Kami juga sedang mencari dan mencuba ubatan, vitamin dan sumber mineral yang tidak memerlukan suntikan. Kami cuba mewujudkan suasana 'mesra ternak' dan suntikan hanya digunakan disaat kritikal sahaja. Sebenarnya terdapat alternatif ubatan mahupun herba yang boleh digunakan secara oral.. Boleh dicampurkan dengan air minuman atau digaul dengan makanan atau dalam bentuk batu mineral. Ubatan ini perlu dijadualkan dan menjadi rawatan preventive kepada ternakan.
Semuanya ini bakal menggarap pemerhatian kami sepanjang tahun 2008. Tentunya lebih ramai penternak akan bersama-sama kami menjayakan penternakan kambing ini di Malaysia.
Kepada para peminat ternakan kambing, atau mereka yang ingin menceburkan diri dalam penternakan kambing, kami sarankan... JANGAN TERBURU-BURU... Dapatkan maklumat dan latihan yang secukupnya terlebih dahulu sebelum anda berbelanja besar.
Walaupun industri ini mempunyai potensi yang besar, namun keuntungan tidak datang menggolek. Sumber penternakan anda itu perlu diteliti, dan dikaji sebelum membuat keputusan. Jangan sampai kita kecewa setelah menceburkan diri, mengorbankan masa dan berbelanja besar, apa yang disangka tidak menjadi kenyataan...
Sebagai contoh mudah, seorang pemborong kambing baka asli (fullblood) akan mempromosi kebaikan baka tersebut dan potensi harga anak-anaknya. Segalanya begitu mudah dan lancar. Harga begitu mahal... Tetapi setelah anda membelanya dengan kos tinggi, dan apabila baka tersebut anda keluarkan, adakah anda pasti terdapat pembeli yang bersedia membelinya pada harga yang dijangkakan...
Kalau ditanya kepada penjual dedak makanan, tentunya dedak tersebut boleh menghasilkan berat yang berganda dan begitu menguntungkan. Adakah secara praktikalnya dakwaan itu benar..? Adakah tempat-tempat yang boleh memberikan testimonial?
Persoalan itu perlu diteliti telebih dahulu supaya kita menjadi penternak yang bijak, dan bukan semata-mata bergantung kepada pihak lain, yang mungkin mempunyai kepentingan-kepentingan lain yang tidak langsung memikirkan kepentingan anda!
Sunday, January 6, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)