Sunday, September 16, 2007

Mencari alternatif kepada dedak


Heboh beberapa hari ini dengan kenaikan harga ayam, akibat kenaikan harga dedak. Bukan setakat harga ayam, hampir kesemua barang keperluan naik di Melaka, terutama dalam bulan Ramadhan ini.


Hal yang sama berlaku kepada harga dedak kambing. Kilang Pallet Biopalma Felda telah mengisytiharkan kenaikan harga Pallet Biopalma bermula 1 September 2007. Pallet Biopalma Feedlot telah naik RM2 dan Pallet Biopalma Kambing pula sebanyak RM1.


Kenaikan harga dedak yang semakin naik, sudah tentu akan menaikkan harga kambing tempatan dalam masa beberapa bulan. Ini akan menjadikan daging tempatan semakin mahal berbanding daging import. Satu perkara yang perlu difikirkan oleh semua pihak...


Projek silaj kami masih tergendala kerana belum mendapat bekalan batang jagung yang tetap. Mungkin terpaksa menunggu hingga selepas Hari Raya Puasa nanti.. Banyak respon yang kami terima mengenai projek silaj ini, menunjukkan semakin ramai penternak yang tertekan dengan kenaikan demi kenaikan harga dedak. Sebenarnya masih banyak ruang pengkajian mengenai penggunaan silaj, mahu pun makanan aternatif kambing di Malaysia yang masih boleh diterokai.


Kami amat mengalu-alukan mana-mana penternak yang dapat memberikan menu-menu yang kurang berasaskan dedak, untuk kegunaan penternak lain.

Anak kambing berusia 3-4 bulan di kandang kambing FAD. Sedang mencari menu yang lebih murah untuk penggemukkan...



4 comments:

Unknown said...

semua mengeluh ttg kenaikan hg makanan..bkn kambing shj malah baru2 ini hg dedk ayam meningkat dari rm60 kpd rm69/50kg sdgkan penternak2 contract farming msh terikat pd hg yg lama..apa yg dpt sy simpulkan kita dpt berjimat jika kita jg FCR yg lbh rendah.bkn jimatkan mknn ttp pastikan FCR kadar pertkran makann adlh cekap.dan salah satunya adalah EM yg betul2 membantu.tiada trial pd kambing yg lengkap lg..ttp pd ayam lebih 500000ekor kami tlh cuba dan hasilnya sungguh memuaskan FCR yg dahulunya 1.7-1.9 dpt kami turunkan pd 1.5-1.6.kos makanan menurun dgn byk dan pusingan ternakan dpt dipendekkan biasa 40hari utk 2.2kg ayam ttp kini 36hari dapat berat yg sama malah ada kes 33hari.
jadi EM mmg betul2 membantu mngkatkan pendapatan,menjimatkan kos makanan,uba-ubatan dan masalah2 lain malah memelihara alam sekitar.
penggunaan dari mula mmg berkesan selain cara pengurusan yg betul

untuk keterangan lanjut lawati blog kami sbb kami berpendapat/bersepakat kami akan majukan teknologi yg org jepun pakai sejak 25tahun duku
http://bakteriabaik.blogspot.com

Anonymous said...

Kami ada menjalankan penyelikan mengenai EM pada kambing. Ternyata penggunaan EM memberi kesan yang ketara kepada kambing kami. Daripada data timbangan yang kami buat setiap 5 hari, berat kambing naik dengan sekata. Data timbangan sebelum EM adalah tidak sekata, sekejap naik dan sekejap turun. Selama data EM diambil hanya sekali turun, itupun disebabkan kambing mengalami stress kerana diganggu setiap hari disebabkan perubahan sistem di ladang kami. Profesor dari jepun melihat kambing kami dan dia akui kambing kami tenang dan mempunyai bulu yang cantik. Jika pihak tuan hendak mencuba kami ada menjual EM dengan harga yang murah iaitu RM10 per liter.

Anonymous said...

no contact kami 0134687773

Anonymous said...

Ihr habt eine schoene Webseite hier, und vielciht schaut Ihr euch auchmal meine an, ok Sex im Internet ist nicht jedermans Sache, aber eben meine erste Homepage. Danke und macht weiter so! http://camerotik.sexblogz.org