Tuesday, November 13, 2007

Projek silaj mendapat nafas baru

Lama sungguh kami mencari-cari, akhirnya dapat juga berjumpa dan membuat perjanjian dengan sebuah ladang jagung, yang berjanji untuk membekalkan kami keratan batang jagung secara konsisten. Untuk itu, kami telah menambahkan bilangan tong silo menjadi 40 tong, dan bercadang untuk memulakan projek menghasilkan silaj sebagai sumber makanan alternatif kepada dedak palet.

Kami telah mencuba silaj dengan skala kecil dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan hasilnya... sungguh MEMBERANGSANGKAN... Kami dapati silaj mempunyai khasiat yang tinggi dan tidak jauh bezanya daripada dedak palet. Malah, oleh kerana harganya yang lebih murah, kami mampu memberikan lebih banyak kuantiti silaj kepada ternakan kambing kami menjadikan tahap kegemukkan ternakan menjadi lebih cepat.

Sebanyak 1 tan keratan batang jagung akan digunakan dan diperap dalam tong-tong silo kami, dan mengharapkan penggunaannya selepas 3 minggu. Berikut adalah cara-cara yang cukup mudah untuk membuat silaj jagung :

1. Kerat batang jagung pada kadar 1/2 inci (biasanya dimesin chopper)
2. Masukkan keratan jagung ke dalam tong silo (sebuah tong silo biasanya boleh memuatkan 50-60kg keratan jagung).
3. Campurkan 1kg Molas dan 1kg garam ke atas keratan jagung dalam tong silo tersebut.
4. Tutup tong silo ketat dan biar selama 3 minggu sebelum digunakan.

Nota : Kami mendapat saranan untuk menggunakan EM sebagai salah satu kandungan, namun masih belum mendapat sebarang feedback daripada pengusaha EM mengenainya.

Kami juga sedang mencuba menu baru berasaskan hasil buangan industri seperti hampas kelapa dan soya. Terima kasih kepada beberapa individu yang telah sudi berkunjung ke ladang kami, dan telah sama-sama memberikan tunjuk ajar dan idea terhadap usaha ini. Insya-Allah, jika ujian praktikal yang kami buat sendiri kepada ternakan kami menunjukkan hasil yang positif, kami akan perturunkan menu tersebut untuk panduan umum.

15 comments:

Penternak Kambing said...

Salam,

Seronok baca blog anda bolehkah saudara memberi maklumat yang lebih lanjut macam mana nak buat silaj. Menarik juga kalau ada alternetif untuk makanan kambing.

TQ

FARID
www.penternak.blogspot.com

LIM said...

Terima kasih kerana menurunkan cara2 membuat silaj. Semoga pengunjung blog ini dpt memanfaatkannya.

Anonymous said...

boleh show dengan Gambar sekali.

Also, apakah perbezaan kalau memberi jagung segar ini terus kepada kambing

Anonymous said...

Silaj ni sebenarnya jeruk. Biasanya pembuatan silaj adalah kegunaan masa tiada yang segar. Kalau ada supply yang segar sepanjang tahun, tak perlu buat silaj. Saya rasa begitu....

Anonymous said...

bukan begitu bro..
jgn lupa kandungan silaj yg kaya dengan bakteria fermentasi(guna EM lebih baik)hasil,hasil asid laktik,asid amino semua dalam bentuk molekul yg ringkas.Membersihkan usus,meningkatkan penyerapan makanan,menyihatkan dan tentu menggemukkan ternakan.

jadi selang selikan dgn rumput segar adalah terbaik..

kereta petrol hari2 kena jugak tukar minyak hitam...

Rahsia Blog said...

Ohhh, fahamlah...TQ bro..tapi ada tak cara macam mana nak buatnya?

g said...

erm... menarik :)

Anonymous said...

Molass (gula) tu gula pasir biasa tu ke? Dan garam tu, garam kasar yang kita makan tu ke?

Arief said...

HI semua..

saya ada ladang jagung manis seluas 5 ekar... banyak batang dan daun Jagung dapat diperolehi...

sesiapa berminat nak beli batang dan daun jagung, sila hubungi saya 013-38.66.329...

saya juga akan membuat Silage Jagung...

saya bukan cuba mengiklankan, saya hanya CUBA menolong usahawan Melayu kita yang selalu tertindih dan tertekan dengan harga pallet yang tidak terkawal dan tidak menentu... tolonglah bangsa melayu kita..

Anonymous said...

"Kami telah mencuba silaj dengan skala kecil dalam beberapa bulan kebelakangan ini dan hasilnya... sungguh MEMBERANGSANGKAN... Kami dapati silaj mempunyai khasiat yang tinggi dan tidak jauh bezanya daripada dedak palet. Malah, oleh kerana harganya yang lebih murah, kami mampu memberikan lebih banyak kuantiti silaj kepada ternakan kambing kami menjadikan tahap kegemukkan ternakan menjadi lebih cepat."

oshienz said...

Projek Kambing FAD,

Boleh minta adress n map tak, sy dari ansal ternak enterprise, ladang di Kg Jus, Selandar Melaka. If Possible nak arrange visit tok tgok care2 wat silaj. Thank you.

Boleh berhubung dgn saya/my dad(pengurus ladang) di no:

013 5810170(Iffa)
013 6520569 (Hj Anuar)

Anonymous said...

saya berminat untuk mengikuti kursus membuat silaj jika tuan ada menganjurkan

syukur sulaiman said...

Untuk dapatkan stok EM (efektif mikrob) tuan boleh datang ke pejabat veterinar daerah kuala Langat

syukur sulaiman said...

Untuk dapatkan stok EM (efektif mikrob) tuan boleh datang ke pejabat veterinar daerah kuala Langat

Sitihajar Yakob said...

Molass tak silap saya gula merah.... garam lak garam yang kita makan....