Tuesday, August 14, 2007

Projek Silaj Bermula

Baru-baru ini harga dedak kambing naik lagi RM2 per bag... Kos dedak yang semakin meningkat, mendesak kami mencari makanan alternatif yang lebih murah tetapi berkhasiat. Nampaknya projek silaj yang kami pernah war-warkan dahulu, perlu dijalankan dalam kadar segera. Kini, segala peralatan untuk membuat silaj telah kami perolehi. Tong silo yang jenuh kami cari, rupanya boleh didapati dengan mudah dibeberapa tempat di Melaka..

Inilah tong silo yang selama ini dicari... 10 unit untuk percubaan menu

Target kami untuk mengurang kos makanan, yang kini telah mencecah 50 sen sekilogram, kepada hanya 15 sen sekilogram. Azam kami supaya makanan silaj ini menjadi pencabar kuat kepada pasaran dedak (agar mereka memikirkan harga mereka yang semakin meningkat itu...). Sekiranya kualiti silaj ini terbukti boleh menghasilkan komposisi pemakanan yang berkesan kepada kambing, Insya-Allah silaj akan dapat menemui pasaran pada harga yang jauh lebih murah daripada harga pallet.

Tong ini boleh memuatkan lebih 60kg silaj jagung/napier...

5 comments:

Kuli Ladang said...

kiranya silaj ni ganti pemberian dedak la..tp dia punya nutrien sama tak dengan dedak?bukan ke silaj ni alternatif kepada kekurangan rumput?sekadar nak tau..

1 lg mcm mana u all dapat bantuan dr jph?ada skim ape2 ke?

Anonymous said...

Salam. Boleh tahu berapa harga tong silo yg Sdr beli. Adakah ianya tong baru atau terpakai. tq

Anonymous said...

Salam. Silaj bukan pengganti kepada dedak. sebelum tue saya bagi tahu sejarah silaj. Kebanyakan negara yang mengalami musim kering, akan menyediakan sijal iaitu lebihan hasil tuaian rumput akan diperam bsama molasses dan urea. Silaj ini akan gunakan pada musim kering. Nutriennya lebih rendah berbanding rumput yang fresh. Untuk mendapat ternakan yang sihat dan gemuk saya cadangkan penggunaal pellet. Jika ingin maklumat mengenai pellet email saya: finie_ndy@yahoo.com

Anonymous said...

guna EM kami utk silaj anda http://bakteriabaik.blogspot.com

atlim58 said...

Bolehkah perturunkan langkah2 untuk membuat silaj?