Sunday, December 10, 2006

Flashback - dimana kami bermula

2 tahun yang lalu, projek penternakan kambing FAD bermula secara kecil sahaja. Apabila melihat beberapa keping gambar lama yang kami ambil, terasa begitu besar kurniaan Allah kepada kami dalam projek ini.

Hero - Baka yang pertama

Bermula dengan 20 ekor induk dan seekor pejantan baka Anglo Nubian yang veteran (kami beri nama Hero). Mulanya kami mencuba konsep kandang atas pasir, satu konsep baru yang masih dalam percubaan oleh beberapa firma. Konsep ini menarik perhatian kami, kerana pembinaan kandang yang murah... sesuai dengan kedudukan kewangan kami.

Induk asal berjumlah 20 ekor

Namun terdapat beberapa masalah dengan sistem kandang ini; antaranya kerja permbersihan kandang perlu kerap dan memerlukan tenaga yang banyak..(kami tak mampu..) . Akibatnya, muncul beberapa penyakit seperti kurap dan puru yang agak serius. Jadi, kami tinggalkan konsep itu dan mula membina kandang atas.

Dengan kos yang terbatas, kami hanya mampu membina separuh daripada keluasan tapak kandang kami. Lagi separuh, akan dibina bila pembiakan meningkat dan betul-betul memerlukan tempat tersebut.

Anak kambing pertama projek kami lahir diluar jangkaan kami. Rupanya diantara induk awal yang kami beli, sudah ada beberapa ekor yang telah bunting. Jadi, dalam masa 3 bulan sahaja, projek kami telah melahirkan anak pertama (baka Jamnapari cross - pejantan dikandang asal induk tersebut).

Anak pertama projek bersama ibunya. Ketika gambar diambil berusia 2 bulan

Kemudian beberapa lagi kelahiran terjadi, tetapi akibat kurang pengalaman, kami mengalami peratus kematian yang tinggi. Namun begitu, setiap kegagalan merupakan pengajaran yang berguna. Kami mula belajar bagaimana mengurus setiap kelahiran, akhirnya kami berjaya menurunkan peratus kematian dengan baik. Rupanya, faktor pengasingan, kebersihan, makanan dan ubatan begitu memainkan peranan....

Sesekali melihat gambar-gambar lama, baru kami sedar perjalanan yang kami telah lalui. Menyebabkan sedikit kejayaan yang dicapai setakat ini, terasa begitu manis buat kami....

No comments: