Saturday, December 9, 2006

Kelahiran Yang Menggembirakan

Hari ini cukup menggembirakan kami. Kami menyambut 5 kelahiran, anak kambing yang sihat hampir serentak. Salah satu kembar mempunyai saiz yang agak besar, patutlah perut induknya seperti kembar 3. Kesemua merupakan kacukan Boer daripada pejantan si Putih.

Setakat ini, projek kami telah berjaya melahirkan 18 ekor anak kambing daripada baka Boer F2, Si Putih, dalam masa sebulan setengah. Ada beberapa lagi induk yang menanti waktu untuk melahirkan.

2 bulan terakhir ini merupakan 'baby boom' bagi kami, di mana kebanyakan daripada 40 ekor induk kami melahirkan anak. Kini projek kami mempunyai populasi kambing yang mencecahkan 100 ekor. Cukup memberansangkan, memandangkan hanya 2 tahun lalu kami bermula dengan populasi 20 induk dan seekor pejantan, baka Anglo Nubian yang telah veteran.

Setelah 5 bulan, kami tambah 25 ekor induk lagi dan Si Putih. Namun, khidmat pejantan pertama kami terpaksa ditamatkan atas faktor usia (kurang berpotensi lagi... kena sembelih lah..).

No comments: