Saturday, December 9, 2006

SiPutih

Si Putih

Si Putih - Begitulah gelaran kami kepada pejantan utama Projek Kambing FAD Enterprise. Baka Boer F2, kini seberat lebih kurang 70-90kg, merupakan pejantan utama kami setelah projek memasuki tahun kedua. Mengikut tinjauan kami di MAHA 2006, harga pasaran baka kambing seperti si Putih dianggarkan antara RM2,500 - RM3,000 seekor (tentu saja Si Putih ini tidak untuk dijual...)

Prestasi Si Putih begitu baik. Dalam 7-8 bulan dijadikan sebagai pejantan utama, induk betina kami telah melahirkan purata 1.5 ekor anak setiap kelahiran, dengan purata 55% anak jantan. Peratus hidup juga baik.. setakat ini kami berjaya mengekalkan 85% hidup di setiap kelahiran.

Anak-anak kambing dari baka Si Putih berusia 2-3 minggu

Kami sedang memantau perkembangan tumbesaran baka ini. Dijangka anak-anak Si Putih bakal berada dipasaran dalam masa 6-7 bulan. Kepada yang berminat untuk membuat tempahan, boleh hubungi kami di 013-6788134.

No comments: