Sunday, December 10, 2006

Kerja Penambahan Kandang

Fenomena kelahiran pesat baru-baru ini, menyedarkan kami bahawa tambahan kandang diperlukan dengan segera. Dengan sedikit modal (lebih kurang RM2500), kami berusaha untuk membangunkan sebahagian lagi tapak kandang kami. Buat kerja sendiri, sedikit-sedikit lama-lama akan siap juga..

Memastikan jarak antara lantai cukup saiz, supaya kaki kambing tidak terbolos

Keluasan kandang yang kami bina adalah seluas 15' x 8' setiap lot, sesuai untuk 10 ekor kambing dewasa disetiap lot. Kami juga akan menyiapkan beberapa lot 'klinik', iaitu lot pengasingan untuk kambing yang melahirkan atau sakit.

Testing.. testing.. Ok, cukup kukuh..!

Setakat ini baru siap 30%. Masih banyak yang perlu dibangunkan.

Sedikit-sedikit lama-lama siap juga...

No comments: