Friday, December 29, 2006

Cara memerah susu kambing

Cara-cara memerah susu kambing menggunakan tangan

Pernahkah anda memerah susu kambing? Berikut adalah salah satu cara untuk menjadi panduan penternak-penternak yang lain.


Langkah-langkahnya :

1. Sediakan sedikit makanan (pallet) dan baldi susu. Letakkan makanan tersebut dihadapan tempat memerah susu.

2. Bawa kambing yang akan diperah susu ke tempat memerah susu. Anda boleh menggunakan kaedah pasung atau dengan mengikat kepala kambing ditiang and penjuru kandang. Berikan makanan yang disediakan untuk mengalih perhatian kambing tersebut.

3. Letakkan baldi susu di posisi yang sesuai

4. Dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sekat pangkal puting dengan kemas, cukup untuk menyekat susu yang terkandung di puting kambing.

5. Perah dengan menggunakan jari hantu, jari manis dan jari kelingking, secara berturut. Semasa memerah, pastikan anda menyekat kemas pangkal puting tersebut. Buang sedikit perahan yang pertama setiap puting (untuk mengelakan kekotoran atau bakteria). Kemudian terus memerah sehingga terasa tiada lagi susu diputing tersebut.

6. Lepas genggaman tangan anda di pangkal susu seketika, untuk membenarkan susu baru masuk kedalam puting tersebut. (boleh perah puting yang satu lagi sementara menunggu.

7. Teruskan perahan tersebut sehingga 6-8 kali.

8. Berhenti apabila dirasakan tidak ada banyak lagi susu. Tandanya, puting susu kambing akan mengecut dengan banyaknya.

Selamat mencuba… !!

No comments: