Tuesday, June 26, 2007

Mempelbagaikan sumber makanan

Kenaikan kos dedak semakin hari menyebabkan industri kambing negara terpaksa menaikkan harga. Dalam konteks kerajaan menggalakkan semakin ramai petani kecil meceburi bidang penternakan kambing, harga dedak terus naik seperti pasaran saham pula..

Sebagai alternatif kepada dedak, kami mencari-cari formula terbaik untuk pembesaran kambing yang seimbang. Silaj jagung merupakan menu dalam percubaan. Kini, kami mencuba pula rumput napier potong..

Berselera sekali menjamah menu Napier Potong

Oleh kerana, rumput napier ini, apabila dibiar lama, akan membesar seperti pokok tebu. Kami berusaha sedikit untuk memotong kecil-kecil (2-3 inci) rumput dan batang napier ini. Nampaknya kambing sangat menyukai menu ini. Batang napier yang dipotong kecil dimamah bagaikan keropok (sampai bunyi berkerup.. sungguh menyelerakan..). Jika dibiarkan makan rumput napier yang tidak dipotong, kambing akan hanya makan daun napier sahaja, meninggalkan batang napier.

Cuma menu ini memerlukan sedikit tenaga manusia. Ia mungkin lebih sesuai dibuat apabila kami mempunyai mesin memotong yang sesuai.

2 comments:

Anonymous said...

salam..

nak tanya..camna buleh dapat peruntukan dr jph..camna nak apply?

nasri

Anonymous said...

selain napier dan daun sawit saya bercadang nak cuba kambing2 saya makan daun tebu sebab ada sebuah ladang tebu berdekatan kandang saya. Soalannya: Bolehkah kambing diberi makan daun tebu atau hampas tebu? Saya khuatir ianya boleh memudaratkan sebab daun tebu mungkin gatal sebab ada bulu2 halus...