Friday, June 29, 2007

Tempahan baja tahi kambing

Alhamdulillah, projek kami mula mendapat perhatian. Terbaru kami mendapat tempahan menyediakan baja semulajadi kepada sebuah syarikat pertanian. Walaupun, hasil tempahan tidaklah seberapa, tetapi setiap pasaran pasti melegakan. Sekurang-kurangnya, kami dapat memastikan bahan buangan projek kami dapat dipasarkan mengikut skala dan waktu yang tertentu.
Kerja-kerja packing sedang dijalankan

Kami bercadang untuk mengeluarkan produk baja kompos yang lebih tersusun, dan dipak dengan lebih cantik dan menarik. Sekiranya diizinkan Allah, dapatlah projek kami menghasilkan baja tanaman semulajadi berjenama sendiri. Kami sedang mengkaji beberapa teknik membuat baja, serta peralatan yang diperlukan. Cuma, sekali lagi, kos permulaan menyediakan peralatan menjadi faktor yang paling perlu difikirkan......

Baja semulajadi FAD

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum....
Sy memerlukan cadangan untuk memasarkan tahi kambing. Untuk pengetahuan saudara, ayah sy mengusahakan ternakan kambing dengan bilangan kambing lebih kurang 450 ekor.

Sila hubungi sy di allyfz@yahoo.com